kelebihan seorang wanita..
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
jadi, renung-renungkan.. dan selamat beramal (:
Saturday, September 25, 2010
Kelebihan seorang wanita
Posted by ice at 11:29 PM 0 comments
Monday, September 20, 2010
KESETIAAN?
jangan3 (:
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik.
yes, it does. but, x sumenya hurt kan? (:
jus sediakan: jeng3 hehe
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…
yeke? normal la tu.. lagi-lagi kalau korang jenis yang setia tahap waaah! hehe.. memang susah la kan.. maybe ada hikamah disebalik semua yang terjadi kan.. u'll never know.. langkah yang terbaik, tarik nafas.. 1,2,3.. PECUT! haaa.. lari jauh-jauh.. lupakan lah orang yang begitu.. start a new life.. bagi la can kat diri tu untuk gembira.. bagi can dekat orang lain untuk isi ruang kosong kat dalam ati korang tu..
Actually eventhough da start a new life, tipu la kan kalau tak ingat langsung past life.. kan, kan? tengok senyum2.. betullah tu (: but its ok, kawan je balik dengan dorg, tak payah musuh-musuh.. buang karen & tambah dosa je.. hehe.. let bygone be bygone.. berbahagialah anda melihat ex anda berbahagia.. seriously.. hehe..
Posted by ice at 11:46 PM 0 comments
Wednesday, September 15, 2010
Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin
Ampun dan maaf andainya,
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta-benda,
TERmoody tak semena-mena,
TERumpat bila-bila,
TERmacam-macam lagi yang kena mengena..
Semoga dimaafkan, kerana u olls lah kawan I dunia dan akhirat! hihi!
Pandu cermat, ingt org tersayang..
mkn jgn terlebih lak, lain jadi nnt,
main mercun ati2..
shopping bajet2, nnt kering sape nk tanggung..
tapi kpd sesape yg terlebih duit tu, bgla duit raya.. hehe [hulurkan duit raya, ringankn beban] :P
akhir kata, "sape x puasa, xleh raya" hihi
Posted by ice at 7:05 PM 0 comments
Tuesday, September 14, 2010
SEA-MONKEYS!
- Wash your new tank with tap water several times to get rid of any harmful chemicals.
- After fill the tank with filtered water, open the pack (water-conditioning powder) and put the powder into the tank and wait for 12 hours.
- After 12 hours, open the capsule (live eggs) and put them into the tank. Stir gently with a stick until all of the "Live Eggs" is dissolved.
- Few hours later, you can see new ocean-monkey babies born. They can be seen swimming about in a random and erratic manner.
- These baby ocean-monkeys hatchlings will not to be feed for about 3 days, because they are born with food supplies already in their body cells.
- Feed on the 4rd day. First feeding on the 4rd day of your tank's life, you should cut open food pouch. You just have to feed them once every 3 days with a very little of food. If the water getting cloudy, means you are feedig too often. As your ocean-Monkeysget bigger, in about 1 month, they will need more food. When the water become cloudy, just stop feeding until water become clear.
- Reproducing. Happy and healthy ocean-monkeys start to mate in about 3 to 3 1/2 weeks. Soon, eggs or live ocean-monkeys are released by the females. In time, your healthy tank should have many generations of icean-monkeys swimming around.
- Sad days may also occur. If all of your pets die, don't throw out the water in your tank. Put it aside, uncovered, so that all the water evaporates. You will see salt crystals, tiny brown dots (eggs) and maybe some dried algae on the sides and the bottom of the tank. Add fresh bottled water to your completely dried and crytallized tank.Filling to the top edge of the higherst magnifier. Put the tankback into the light. In a few days, you should have a new batch of baby ocean-monkeys swimming erratically through the water. Happy days are here, again!
SELAMAT MENCUBA! (:
Posted by ice at 6:05 AM 0 comments
Monday, September 13, 2010
Kejam dan TIDAK HALAL
lembu ni nampak mcm x disembelih n btul2 sekor lembu yang lengkap pancaindera dimasukkan terus ke dalam mesin untuk dihancurkan.. halal ke? x sembelih lg kan? jadi fikir-fikirkanlah.. check la dlu logo halal sblum membeli apa2 produk (:http://www.youtube.com/watch?v=IC44GIESs3E
Posted by ice at 2:31 AM 0 comments
buah lychee disaluti lemak khinzir
KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include : Canned Meat Canned Seafood Canned Fruits Canned Vegetables Seasonings di atas adalah barang2 keluaran narcissus. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/ Salam Ukhwah..~
Add a caption
KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/
Salam Ukhwah..~
Posted by ice at 2:29 AM 0 comments
Di sebalik lagu Alejandro by Lady Gaga
Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...
Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)
------------------------------------------------------------------------------------
Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..
Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat
Posted by ice at 1:41 AM 0 comments
Hukum berwudu' tanpa menutup aurat
Jawapan:
:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد
Berwudhu' tanpa menutup aurat adalah sah wudhu'nya. Sekiranya berwudhu' dalam keadaan aurat terbuka secara sengaja di tempat awam dan dilihat oleh bukan mahram, maka ia berdosa kerana mendedahkan auratnya tetapi wudhu'nya tetap sah. (Rujukan: Fatwa Lujnah Daimah 5/235)
Posted by ice at 1:37 AM 0 comments