BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

kek coklat lembab


Bahan-bahan ( size loyang 18cm )


4 biji telur
100 gm serbuk koko


(a)
200 ml minyak jagung
150 ml susu pekat manis
400 ml susu cair
200 gm gula kastor


(b)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh soda berkarbonat
1 sudu teh serbuk penaik


cara membuat:


1. Masukkan gula kastor, susu pekat manis, susu cair dan minyak jagung ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula hancur dengan api yang perlahan. Ketepikan dan biarkan sejuk.


2. Di dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang.


3. Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan (a) yang telah disejukkan. Kacau rata.


4. Masukkan serbuk koko dan gaul rata.


5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

p/s: jgn lama sgt, nnt dia merekah, meletop macam volcano plak :P


6. Cairkan coklat utk topping kek.


7. Lebih afdal, makan dengan ice cream vanilla. sedap hingga menjilat jari kaki!

Sunday, December 5, 2010

Doa akhir & awal tahun

Selasa ni, bersamaan dgn 7hb disember 2010, kita bakal menempuh awal tahun bg tahun islam iaitu awal muharram. Kita disunatkan untuk berpuasa pada 6hb disember 2010 dan pada 7hb disember ini iaitu hari isnin dan selasa ni la ye kawan-kawan. Banyak hikmahnya berpuasa pada dua hari tersebut. Moga-moga, dosa-dosa kita sepanjang tahun ini diampunkan ALLAH s.w.t. InsyaALLAH. Di bawah adalah doa untuk awal tahun & akhir tahun. (:

Doa akhir tahun:
*dibaca pada 6hb disember 2010
*dibaca sebanyak 3 kali
*pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib


Doa awal tahun:
*Dibaca juga pada 6hb disember 2010
*Dibaca sebanyak 3 kali juga
*selepas solat maghrib




Saturday, December 4, 2010

resepi kek coklat lembab




kek bday zaty aritu

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

cara membuat:

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder ( nak letak sket sodium carbonate pon bole)
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak (susu bancuh sendiri pon bole), susu pekat, minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah disapu minyak/marjerin. Then kukus 45min. (p/s: kena jengukla time nak dekat2 45minit, takot over heat dia pecah) Dah masak sejukkan, sebab kalau panas nnt dia melekat dekat loyang, pecah nnt da x cantek :P.
  6. Utk topping. campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td. Hiaslah ikot suka korang. kalau topping jus nak letak coklat pon bole (:
  7. Makan dengan ice cream vanilla lg BEST! x caya tnya yayat :P