BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 29, 2009

CINTA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, March 28, 2009

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Friday, March 27, 2009

KISAH NERAKA JAHANAM

KISAH NERAKA JAHANAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.


KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

INILAH MASANYA


Jika kau ingin menyintai ibu
Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
Yang mengalir kudus daripada sanubarimu

Cintalah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan

Oleh itu, jika kau menyintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

- petikan Bangkok Post, 2 Julai 1996

KISAH HOLLYWATER

KISAH HOLLYWATER

Saya mempunyai kenalan Bekas Padri Katholik daripada negeri Sabah. Nama Kristiannya sebelum menganut Islam ialah Thomas Layden. dan kini beliau merupakan seorang mubaligh Islam yang sangat gigih menyebarkan dakwah Islam kepada Masyarakat terutama golongan Kristian sendiri. Bekas Padri Thomas ini berasal dari Sabah dan telah menganut islam pada awal tahun 90han. Oleh sebab beliau seorang bekas Padri, dan pernah tinggal bersama-sama dengan Pope (John Paul II) di Vatican, beliau sangan arif tentang agama Kristian dan sangat arif tentang apa yang berlaku di Vatican.

Di antara perkara yang dijelaskan kepada saya, dan juga kepada orang ramai tentang agama Kristian (Khatolik), ialah tentang Kitab Gospel Of Barnabas, yang dianggap oleh pihak Gereja Kristian sebagai apocryphal(dianggap meragukan kandungan dan pengarangnya), tentang biara (yang ada di bawah tanah Gereja Vatican), Celebacy (Padri dan Nun tak boleh kahwin), bacaan talqin, kesah Confession ( memohon ampun) dan sebagainya. Tentang Biara, beliau mengatakan bahawa di Gereja vatican, terdapat sebuah biara (Yang namanya Biara-) yang lokasinya agak terahsia. Jalan masuk ke dalam biara tersebut hanya berbentuk penutup lubang sahaja, tetapi dalamnya merupakan sebuah tempat yang menyerupai istana. hanya golongan tertentu sahaja, iaitu calon-calon Padri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam biara ini. leh sebab itu, padri-padri Kristian Khatolik diseluruh dunia (Yang hanya bertaraf Padri ke atas) nescaya pernah sampai dan tinggal di dalam biara ini. Dalam biara ini, bakal-bakal padri dan nun bercampur gaul dengan bebas, sehingga ada dikalangan Nun ini yang mengandung. kandungan Nun ini digugurkan dan dikeringkan untuk dijadikan air the Holy Water (Pagi ini, 22.5.98 Jam 8.30 pagi, saya telah menghubungi kawan saya itu tentang Holy Water. Ada kenyataan mengatakan bahawa Holy Water sebenarnya dibuat di Gereja,. di sini pada malam PASKA. Bekas Padri Thomas, mengatakan benar bahawa di sini pun ada di buat Holy Water, tetapi Holy Water yang ini tidak digunakan sebagai air jampian. Yang digunakan sebagaiair jampian ialah air Holy Water yang juga di buat pada malam PASKA, tetapi menggunakan air daripada larutan janin hasil hubungan antara bakal padri dengan nun. Padri dan nun sebenarnya tidak boleh kahwin, tetapi sebenarnya mereka telah enjoy seks sepuas hati semasa mereka berada di dalam biara. (kalau tidak percaya, sila tanya Padri Katholik yang berhampiran dengan anda-Padri tidak boleh bohong! tidak boleh marah! kalau bohong , kalau marah, berdosa, kalau berdosa siapa yang akan mengampun dosa kerana hanya padri sahaja yang boleh ampun dosa. Pope sendiri walaupun tidak kahwin, tetapi beliau mempunyai ramai pembantu-pembantu wanita!.(Cuba bayangkan!).Bekas Padri Thomas juga mengatakan bahawa, keimanan sesaorang terhadap Jesus Christ sebagai Reedemer juga meningkat apabila berada di dalam biara kerana seolah-olah pada masa itu terbayang dimata mereka kehadiran Jesus Christ di sana.Bagaimana Jesus Christ, sebagai seorang anak Tuhan boleh beserta dengan mereka yang melakukan maksiat!. Biasanya yang selalu bersama-sama dengan pesta maksiat ialah Syaitan dan Iblis.

Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan kejadian yang melucukan ketika beliau sedang giat berdakwah menyebarkan agama Kristian di Indonesia. Pada suatu hari, beliau telah dipanggil oleh seorang doktor dari sebuah hospital. Beliau dipanggil oleh doktor tersebut kerana di hospital tersebut ada seorang penganut agama Kristian yang sedang nazak. Doktor mengatakan bahawa pesakit tersebut tidak ada peluang untuk hidup. latas beliau meminta bekas Padri Thomas untuk melakukan sesuatu kepada pesakit ini. seperti kebiasaan yang dilakukan oleh bekas Padri Thomas, untuk membisikkan sesuatu ke telinga orang yang hampir mati. Menurut bekas Padri Thomas, apa yang dibisikkan ke telinga pesakit (seperti yang biasa dilakukannya ) ialah ' Nabi kamu SebenarNya nabi Muhammad'. Peristiwa itu menjadi satu peristiwa yang menakjubkan dan melucukan kerana pesakit yang hampir mati itu bangkit, dan menjadi kemudah menghibuhkan kepada orang ramai tentang apa yang dibisikan oleh bekas Padri Thomas, lalu beliau menganut agama Islam. menurut bekas Padri Thomas, bacaanyang dibuat oleh Padri semasa mengkebumikan mayat orang Kristian (Khatolik) juga ada menyebutkan bahawa nabi yang sebenar ialah nabi Muhammad.

Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan peristiwa bagaiman beliau, yang merupakan seorang bekas Padri, selalu sahaja, iaitu pada hari Ahad menerima pengakuan dosa (Confession). Satu peristiwa yang amat menyentuh hatinya ialah peristiwa di mana pada suatu hari, seorang yang telah kehilangan barang telah mengadu kepadanya tentang kehilangan barang tersebut. Beliau hanya berkata dan memberi dorongan dan galakan agar orang yang kehilangan barang tersebut bersabar. Pada hari Ahad minggu hadapannya, seorang lelaki datang kepadanya untuk membuat pengakuan dosa (confession). Orang tersebut telah mengaku bahawa ia telah mencuri barang orang yang mengadu minggu yang lalu. Seperti biasa bekas Padri Thomas, mengampunkan dosa orang itu. Peristiwa tersebut telah menimbulkan konflim dalam jiwa nya yang sememangnya telah ada dalam dirinya, lalu beliau berkata mana keadilannya!. Manakan adil bagi seorang yang kehilangan barang, mengadu nasib dan meratab kehilangan barang tiba-tiba apabila pencurinya dengan senag diampunkan dosa. Kalau bagitu, mudahlah bagi sesaorang melakukan dosa kemudian memohon ampun daripada Padri.Sekian dahulu.

Saya harap kawan -kawan saya dari penganut agama Kristian Khatolik tidak terguris hati dengan tulisan ini, kerana saya hanya melaporkan sahaja apa yang diceritakan oleh bekas Padri Thomas. kalau tak puas hati, sila hantar message pada saya james@pkrisc.cc.ukm.my saya akan cuba terangkan lebih lanjut peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku kepada teman saya bekas padri Thomas Layde. Sekian.

Thursday, March 26, 2009

DOSA KUKU PANJANG

DOSA KUKU PANJANG



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika
kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa
yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah
kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku
panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian
dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk
beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang

berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu
pun yang

di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur

dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak
yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang

sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita

mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

CARA MEMAKAI CINCIN YANG BETUL

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali
rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan ,
Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari


1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)



dan JANGAN memakai pada jari

1] jari tengah

2] jari telunjuk



Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh

Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut


a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk
berhias

di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin
dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.. WALLAHUALAM..

Dialog RASULULLAH vs IBLIS

Dialog RASULULLAH vs IBLIS

bismillah..

i opened my mailbox n read this fwd email..really want to share with everyone..

sabda Nabi SAW:"sampaikanlah drpdku wpun 1ayat"..

20 Rahsia Syaitan

(Dialog Iblis vs Rasulullah SAW)

p/s: TOLONGLAH LUANGKN MSE ANDA UNTUK MEMBACENYA..
walaupon pnjg..
utk kebaikan kte brsame..
drpd anda mmbce cmmnt2 yg tidak brfaedah..
adalah lbh baik mmbace sst yg mmbantu kte di akhirat nnt..
sy hanye menyampaikn..
wallahualm.. :)



Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia

menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang

disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan

derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada

umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahwa

Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap

Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang

ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.

Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus

semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat

keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka

segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai orang

tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya

seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh

Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu

sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai

Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu?

Janganlah mencoba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga

keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab

hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang

sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud

dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena

engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan

pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla,

cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah.

Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan

jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"

Taklimat Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau

adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah

diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu

dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang

engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,

tiadalah aku berani menyembunyikannya."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya

Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur

leburlah badanku menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam

hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar

didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi

perisai kepada seluruh umatku..


Pertanyaan Nabi (1):

"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku

terhadapmu?"

Jawab Iblis:

"Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala

musuhku di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena

ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya!

Ada

pun aku dapat merubah

diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan

suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru

karena dicegah oleh Allah.

Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku

cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau

berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk

agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir,

murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan

benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di

dalamnya bersamaku."


Pertanyaan Nabi (2):

"Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya

kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih

yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat,

terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta

benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya

supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur

antara lelaki dan perempuan.

Disana aku lepaskan

sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan

minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan

malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu

maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan

zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari

uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau

berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya.

Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri

orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah,

sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar

berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap

saat."


Pertanyaan Nabi (3):

"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak

mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa

yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa

yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan

matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan

anggota badanmu?"

Jawab Iblis:

"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga.

Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya.

Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua

seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu

langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama

sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di

dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi

Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,

kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan

wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan

kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di

syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah

seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam

memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya

berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang

Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut

anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih

tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah

dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang

menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.


Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada


apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga


tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut.


Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh

Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat

yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga

hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang

menyala.. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu

dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala

tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut."


Pertanyaan Nabi (4):

"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?"

Jawab Iblis:

"Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir

juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika

tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala.

Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalanku"


Pertanyaan Nabi (5):

"Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:

"Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang

sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang

manusia, pada setiap anggota badannya.

Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas

sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan

dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya,

hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya

senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain.

Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya

dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam

hatinya senantiasa hendak cepat habis sholatnya, itu semua membawa

kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda

manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat

hukuman."


Pertanyaan Nabi (6):

"Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:

"Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakarlah

tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya."



Pertanyaan Nabi (7):

"Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab Iblis:

"Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah

mencukupkan rukun Islamnya."


Pertanyaan Nabi (8):

"Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:

"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku.

Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan

Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang

yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan

digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya

selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit

dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya


siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa
.. Satu lagi

kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab

neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga

dibuka seluas-luasnya
, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang

bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu

mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan


garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu


dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan


ke bawah bumi yang amat dalam
. Di sana pula beberapa azab yang lain

telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku

dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri

telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur

seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa."


Pertanyaan Nabi (9):

"Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?"

Jawab Iblis:

"Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar - besar seteruku. Tiada upayaku

melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.

Karena engkau sendiri telah berkata: "Seluruh sahabatku adalah seperti

bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat

petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat

mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya

atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri

telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal

kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar.

Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan

anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya karena

dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika

aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku karena

sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah

mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh

menggantikan aku", karena dia adalah orang harapanmu serta pandai

membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.

Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya

senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu

orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Karena

taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya

karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan,

"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau

kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti


pahala Usman mati syahid
."

Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan

gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya.

Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua

mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah

golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan

kepalanya kepada sembarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ -

dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau

sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya."

Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya."

Pertanyaan Nabi (10):

"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:

"Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti (1)hujan dari langit yang

menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada


manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya


seperti kata Jibril a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita

akhirat." Yang kedua (2)umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar,

syukur dan ridha dengan karunia Allah
. Berbuat amal soleh, tawakal dan

kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti (3)Firaun; terlampau tamak dengan

harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu

masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku

hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang

kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat,

tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia

menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang

tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak

sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya

asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan

menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat,

tempat judi dan perempuan lacur."



Pertanyaan Nabi (11):



"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama

Islam."


Pertanyaan Nabi (12):

"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."


Pertanyaan Nabi (13):

"Apakah rahasia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:

"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa

pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya


tanpa dia sadari
."


Pertanyaan Nabi (14):

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:

"Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa

pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka
.JIKA TIDAK, aku akan

bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan

benih isterinya
. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada

pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena

kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa

membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka

makan, tiadalah merasa kenyang."

Pertanyaan Nabi (15):

"Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis:

"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah,

menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil

air wudhu’, maka padamlah marahnya.
"


Pertanyaan Nabi (16):

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"

Jawab Iblis:

Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau

bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan


diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.
"


Pertanyaan Nabi (17):

"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka

(mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lag
i. Lalu aku lenakan

dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib

dan isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat."


Pertanyaan Nabi (18):

"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak

diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan sholat

tengah malam."


Pertanyaan Nabi (19):

"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"


Pertanyaan Nabi (20):

"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka,

membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah

bersabda, ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

CINTA BUKAN UNTUK DITANGISI

Cinta bukan untuk ditangisi





Ni dipetik daripada buku dr tuah....Smile"wahai gadis2, cinta ni bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati...jadi, bila cinta hanya menyebabkan anda membuang airmata,maka
tinggalkanlah cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik ini
tidak logiknya akan berterusan jika anda berkahwin ngan insan
tersebut.....
Jika benar dia menyintai anda, mengapa dia harus menyebabkan anda menangis?Jika benar dia sayangkan anda, mengapa dia harus mempermain2kan perasaan anda?Dia hanya ingin bermain atau menguji anda.....
Tapi anda tiada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah pelajaran.Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan...Cinta yang suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tetapi tertawa ria.....Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak di landasan yang tenang, lurus, dan menuju matlamat...Sebaliknya
jika sengketa dan air mata yang mewarnai hari, ia ibarat perjalanan
yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang-bengkok, tidak rata dan
tidak menuju matlamat...Bergembiralah menyambut kehadiran cinta
tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda
terhadap TUHAN dan pelajaran kian menghilang, tinggalkanlah cinta itu
dan binalah cinta baru.....
Tidak perlu tergesa-gesa membina cinta...Sebab tiba masanya ia akan datang dengan sendiri.......Innocent....>Sesuatu yang datang tanpa ditagih biasanya akan bertahan lebih lame, ikhlas lagi jujur...Tiada
sebab org semacam anda menghabiskan masa dengan masalah sebegini...Masa
remaja anda haruslah cerah, seperti yang anda harapkan... tapi hakikatnya begitulah, alam kampus memang tidak sah tanpa cinta....Cuma pada usia begini,seharusnya komitmen diberikan dalam membina kecemerlangan diri...Jika
cinta sudah datang, sambutlah dengan seadanya kerana fitrah manusia
memang mahu dicintai, mencitai, disayangi dan menyayangi.....
Cinta harus memotivasi kita untuk mengejar kejayaan, sebagai booster kecemerlangan diri......Jadi cintailah seadanya............

TABARRUJ

Pengertian Tabarruj


Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu
dibahagian muka atau di anggota-anggota badan
. Al Bukhari Rahmatullahi
‘Alaihi ada berkata :

“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”



Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh
dari bermake-up (tabarruj)





Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam



Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah
swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,
atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”



( QS An Nur : 31)



Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya..




Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi
bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain
tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab
pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan
menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian
depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju
kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa
juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan
bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain
tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap
perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian
dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan
Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti
seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.



Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :

Janganlah menampakkan perhiasannya



Rasulullah saw bersabda :



Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui
Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu
telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini
dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”



Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan



Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau
dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang
bermake-up
. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh
wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah
dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada
alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan
yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita
itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada
orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.



Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini
diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik,
manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar
dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya
angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut
arus bayu.



Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,
selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan
keindahan mahkotanya.



Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata
memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang
yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan
berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.



Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt
lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.
Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda
juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up .





Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah
menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang
lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan
kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan
kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan
manusia.





Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya



Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita
(tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga
terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau
menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini
akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi
gemerincing pada gelang kaki tersebut
.





Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w



“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”



(QS Al Ahzab : 59 )





Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah
sebahagian daripada aurat wanita juga
. Pengaruh suara wanita ke atas
hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu
wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada
lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang
berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi
penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv
diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi ,
berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang
tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?





Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau
perfume ketika keluar dari rumah
. Di mana Rasulullah saw bersabda



“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui
majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)





Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan
kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar
terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap
lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah.
Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan
mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata
siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah
daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum
lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat
perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam
firmanNya :



“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat."

(QS Annur : 30)



Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.

p/s: jd, pk2kanlah..
wallahualam..
sy hanye menyampaikn kpd kalian.. :)

10 JENIS SEKSAAN MENIMPA WANITA

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

(1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) Perempuan yang digantung dengan lidahnya.
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung.
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Meraka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) Perempuan digantung buah dadanya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suami.

(6) Perempuan diikat kakinya serta dua tangannya sampai ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.
Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi iaitu bersuci selepas haid atau nifas.

(7) Perempuan yang makan tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang.

(8) Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9)Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adaah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.