BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 26, 2009

TABARRUJ

Pengertian Tabarruj


Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu
dibahagian muka atau di anggota-anggota badan
. Al Bukhari Rahmatullahi
‘Alaihi ada berkata :

“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”



Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh
dari bermake-up (tabarruj)





Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam



Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah
swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :



“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka,
atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”



( QS An Nur : 31)



Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya..




Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi
bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain
tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab
pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan
menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian
depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju
kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa
juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan
bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain
tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap
perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian
dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan
Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti
seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.



Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :

Janganlah menampakkan perhiasannya



Rasulullah saw bersabda :



Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui
Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu
telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini
dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”



Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan



Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau
dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang
bermake-up
. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh
wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah
dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada
alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan
yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita
itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada
orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.



Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini
diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik,
manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar
dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya
angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut
arus bayu.



Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,
selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan
keindahan mahkotanya.



Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata
memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang
yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan
berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.



Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt
lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.
Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda
juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up .





Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah
menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang
lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan
kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan
kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan
manusia.





Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya



Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita
(tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga
terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau
menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini
akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi
gemerincing pada gelang kaki tersebut
.





Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w



“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”



(QS Al Ahzab : 59 )





Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah
sebahagian daripada aurat wanita juga
. Pengaruh suara wanita ke atas
hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu
wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada
lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang
berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi
penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv
diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi ,
berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang
tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?





Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau
perfume ketika keluar dari rumah
. Di mana Rasulullah saw bersabda



“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui
majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)





Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan
kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar
terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap
lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah.
Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan
mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata
siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah
daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum
lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat
perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam
firmanNya :



“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat."

(QS Annur : 30)



Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.

p/s: jd, pk2kanlah..
wallahualam..
sy hanye menyampaikn kpd kalian.. :)

0 comments: