BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 26, 2009

10 JENIS SEKSAAN MENIMPA WANITA

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

(1) Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

(2) Perempuan yang digantung dengan lidahnya.
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung.
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Meraka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) Perempuan digantung buah dadanya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suami.

(6) Perempuan diikat kakinya serta dua tangannya sampai ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.
Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi iaitu bersuci selepas haid atau nifas.

(7) Perempuan yang makan tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang.

(8) Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9)Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adaah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

0 comments: