BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 16, 2010

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.

Pada 10,11,12,13 Zulhijjah bersamaan 17 november 2010, tibanya sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai hari raya korban atau hari raya haji yang disambut oleh seluruh umat ISLAM diseluruh dunia. Sudah berlalu pagi raya yang dimulai dengan solat pagi raya bersama takbir raya yang sayu didengari oleh setiap insan yang beraya jauh dari keluarga di perantauan. Almaklumlah, cuti pon sehari je, ada jugak yang tak dapat cuti langsung. bersabarlah anda ye! saya pon cuti sehari je ni, esok da on balik. hehe.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Kepada yang menunaikan haji di Mekah, selamat menunaikan haji. Semoga haji anda diterima ALLAH dan hidup diberkatiNYA.

itulah serba sedikit tentang hari raya aidiladha. KIta juga disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.

contoh pemakaian yg segak lagi hensem. huhu. wangi tu tak tawla, tak bau pulak. :P

Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Disebabkan opah ada kat rumah maklang sekarang, terpaksalah beraya kat rumah dulu.petang nanti baru balik rumah opah. huhu. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semua! Akhir kata, berkorbanlah apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Pendek kata, berkorbanlah apa saja, untuk ke jalan ALLAH selagi nyawa dikandung badan. Berhijrahlah kita ke bahagian yang lebih baik dalam kehidupan kita. Bersama-samalah kita menginfakkan harta kita ke jalan ALLAH, menolong yang memerlukan (:

0 comments: