Kehadapan Alieya Zafirah yang bakal dirindui,
5 sem sudah kita bersama sebagai teman sebilik dari kolej sampailah rumah sewa. Apa-apa pun kalau awak dah terima email ni mksudnya birthday awakla. Hehe. HAPPY BIRTHDAY alya!! Tak nak sebut yang ke berapa, hehe. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, kawin cepat2. Uhuhu.
Yg di edit ka atas ni rasanya yang paling canteklah (perasannya) yang lain burok! Huhu. Tp nk bg jgk. Nah amek kau! POOF!
Kita ada attach skali image dia kat email ni. Huhu. Bajet alya nk je simpan hasil burok kita ni kan. :P Kita nk buat hasil kreatif macam yayat tak terdaya. Huhu. Ini jelah yang mampu. Ade lagi satu hasil kerja kita main tampal-tampal atas ketas wane pink, kita bagi by hand je nnt okay? (: Khas untuk alya jugak, wane pink lagi tu. Kita taw alya pinkie. Hihi. Nak hadiah yang lagi grand? Tunggu ye, nanti kita pos :P
Sejak perkenalan kita ni, (ececeh)
Kita kenal alya sebagai sorg yg sangat8 baek, sopan santun, rajin, suka tolong org, setia gila pada yg ehem2 tu, pemurah, baek hati, gebu, comel, cantek, pakai apa-apa pon comellla. Hehe. Da la putih. Jeles I. Pemenang queen of the night untuk setiap dinner yang ada. Tak payah buat competition, bagi jelah hadiah kat dia terus :P
Tgk, kan cantek tu! Senyuman menawan yg memikat setiap hati lelaki , pendek kata cair. Huhu.
p/s: sory kita curi gamba ni, sbb kita suka gamba ni. Knp? Xtawla knp. hehe
yang penting, DEKAN! Tu yang penting! Huhu. Cukup pakej tu, bukan 3 in 1, tapi berdiskaun-diskaun in one la. Huhu. Calon mak, pak mentua cari-cari sume ada kat dia. Rahsianya? Sebab mak abah alya pon sangat baek! Baek sangat8! Pemurah! Macam-macam bagi kat kita, sampai da naek segan da ni? Caya tak? Hihi. Semoga keluarga alya dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH! (^.^)v
Nak tengok bape banyak bilangan yang saya dah terima:
Nah! Tgk ni! Keepoow!
Ni pulak bab sedih (isk3) T.T
Disebabkan kita da nak sampai ke penghujung semester, alya pulak da nak kena keluar dari rumah ni sebab praktikal dekat damansara bersamaan dengan kita akan sangat JARANG or TAK BERPELUANG JUMPA langsung. Tgk equation kat bawah kalo x faham, kalo x faham jugak, tak tawla. Hehe.
Pindah + praktikal damansara = jarang / xkan jumpa
Kita amek kesempatan ni nak minta maaf dekat alya sekiranya kita ada buat salah apa-apa dekat alya, samada sedar atau tak, terguna barang alya tanpa izin (mintak izin lepas guna). Huhu. Terhutang ke (kalau ada bgtaw, sbb kita selalu terlupa), terkasar bahasa, nasihat yang menyakitkan hati, tersepah bilik, termarah, terpukul mana-mana, terpnjam apa-apa terlupa nak pulang (syok sndri ingatkan barang sendiri), terkutuk, terumpat, dan yang seangkatan dengannya la. Halalkan makan minum (:
TQ so much sebab layan kerenah merepek kita ni. Sanggup bagi anak kita tumpang bilik (star tortoise. hehe), bagi kita pinjam laptop untuk online ( almaklum laptop kita x bole terima wireless) sampai 1 hari tu laptop awak rosak, sebab kita kot. Sory sangat! =.= Terima kasih jadi stok maggie kari bila kita kehabisan stok, bagi pinjam telekung (sebab tertinggal telekung yang awak bagi dekat pusat islam, aduh, cuainya =.=), sanggup bergelap wat keje kat laptop pagi-pagi sebab kita tengah tido, TQ bagi kita pinjam calculator (kalau tak, x dapek den nak jawab exam), TQ bagi macam-macam kat kita (telekung, keychain Singapore, purse, payung, cadar pink lup-lup (love), arm socks wane pink, bag laptop, bookmark untuk nota & macam-macam lagila, pendek kata, macam-macam ada) dengan selambanya dia alya kata: “ameklah aisyah, kita ada banyak lagi ni, x guna pon.”
Yang bookmark pulak ,
saya berkata: “Kan bole guna time alya sambung blaja master nnt, almaklum budak dekan”
alya balas: “Ada-ada je aisyah ni. Ameklah, nanti kita belilah lagi untuk anak-anak kita nnt”
dalam hati kita: “Baiknya budak ni, beruntung dapat kawan macam dia, one in a million!”
Kita sebenarnya tak suka ucap selamat tinggal,
Sebab kita percaya macam mana jauhnya kita, satu hari mesti kita akan jumpa balik! Kan, kan, kan? (:
Jaga diri taw, kita da xde nanti nak jaga alya. Semoga Berjaya di dalam apa jua yang dilakukan. Jangan tension-tension. Jangan lupa makan. Jangan duduk lama-lama, nanti sakit belakang (sapa nak sapukan ubat nanti, kita xde) Jangan lupa tuhan. Jangan lupa kita! Hehe. Yang penting kawin nanti, jangan lupa ajak kita eyh! Hehe. WAJIB. Waw alif jim ba! Hehe. Nampaknya xdelah lagi pagi-pagi yang berkumandang lagu “paklong – selagi ada rindu” tu kat dalam bilik. Huhu. Gonna miss u so much dear! Love you! Akan ku kenang segala jasamu dan kenangan kita berdua!
p/s: Alya, kita gamba berdua xpernah ada pon? Nak 1 bole (sambil wat muka kesian ala-ala puss in the boots dalam cite shrek, hee)
Satu lagi, senyum je eyh baca wasiat terakhir kita ni. Jangan nangis-nangis. Taw alya terharu baca notes kita yang panjang lebar siap justify dengan spacing 1.15 lagi. Tak caya cuba check kat setting word tu. Heee :P
Eh, eh. Ada lagi. Tujuan sebenarnya kita tulis surat ni sebab kita sedar yang diri kita ni tak akan mampu mengungkapkan kesemua kata-kata dalam surat ni kat depan alya secara live dalam satu nafas (ececeh, macam akad nikah pulak) sebab kita taw, setiap kali kita nak berkata-kata mesti! Confirm! Lu caya cakap gua, meleleh air mata gua, walaupuan gua ni nampak kental. Hehe. Sebab da cuba da dulu. Memang jadi camni. Tuntasnya, kesimpulannya, saya guna method baru ni, yang diberi nama wasiat aisyah. Hehe. Gonna miss u, gonna miss u, gonna miss u. love u bebeh. Xoxox.
Haa lg 1! Mesti alya penat nak baca. Hehe. Membebel je kita ni dari tadi. Sebenarnya kita ulis wasiat ni kat dalam bilik kita di dalam rumah yang bernombor 206 yang bertempat di blok 5, seksyen 7 , shah alam, pada pukul 9.25pm bersamaan dengan 8 november 2010. Yang paling interestingnya! Kita ada kat sebelah alya je! Hehe. Mesti alya tertanya-tanya, “apela budak ni buat, type punya laju, panjang pulak tu, nak kata bukak fb xde internet, nak kata wat assg da tengah final” hehe. Memandai je kita wat dialog. Ni alya la yang ajar. Hehe. Sekarang da taw jawapannya kan, apa yang kita tengah buat. Akhir kata: “Jangan biarkan diri anda diselubungi, misteri~” hehe. Kalo bole sampai 28 muka surat nak wat ni tapi kena study la pulak. Hehe. Wassalam.
Yang benar,
Alamak, xde touch screen nak sign, hehe
Sahabat UiTM Shah Alam dekat dihatimu,
Aisyah binti Nor Hasnan.
0 comments:
Post a Comment