Di saat perkenalan kita,
Pelbagai penilaian terlintas di fikiranku,
Ku pintamu untuk berkawan sahaja,
Namun kau tidak berputus asa menegurku.
Ku menilai bukan dari paras rupamu,
Tetapi dari ketulusan hatimu,
Ku menilai bukan dari latar belakangmu,
Tetapi niat suci dan rendah dirimu.
Kehadiranmu ke dalam hidupku,
Membawa ceria di hariku,
Tidak jemu kau menceriakan ku,
Walaupun dirimu sering diluka ku.
Kasihku,
Sesungguhnya aku jatuh cinta,
Bukan kerana manis bicaramu,
Namun kerna kejujuran kata-kata,
Yang terukir ikhlas dari lubuk hatimu.
Hadirmu dalam hidupku,
Ku hargai sepenuh jiwaku,
Bukan niatku mempermainkan perasaanmu,
Sesungguhnya hanya tuhan saja yang tahu.
Aku cuba untuk mencintaimu,
Tetapi takdir bukan ditanganku,
Andai jodohku bukan bersamamu,
Ku doakan agar kau bahagia bersama penggantiku.
Maafkanku tidak sempurna,
Terlalu banyak cacat cela ku,
Tak mampuku menanggung sebuah cinta sempurna,
Darimu.
Friday, January 28, 2011
ANDAI KAU TAHU
Posted by ice at 2:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment