BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 23, 2011

Bersyukurlah..

Sungguh unik ciptaan tuhan. Pelbagai warna kulit, pelbagai paras rupa, pelbagai saiz badan. Ade yang putih, ade yang hitam manis, ade yg kuning langsat warna kulitnya. Ade pula yang kurus keding, ade yg berisi sedap dalam erti kate lain chubby comel la. Setiap yang dicipta ALLAH ade hikmahnya. Cuma kita yg perlu menyelami apekah hikmahnya.


Bagi perempuan yang cantek & lelaki yg hot, of course peminatnya ramai. Sampai ade sesetengah yang terlau bnyk pilihan, xtaw nak pilih yang mna. Ada yang setia pada yg 1 alhamdulillah, ada pula yg bertukar pasangan seperti menukar pakaian. Bak kata mereka “rezeki depan mata, jangan ditolak”. Ada pula yg berkata “relax la beb, kite muda lg, da nak tua2 nanti ktorg carila isteri/suami yg baek & yg menutup aurat (bg prmpuan). Skrg ni kite ENJOY! Cuci mate beb. Da kawen nnt x bole”. Itulah pandangan masyarakat skrg. Cuci mata ye bang, ajal maut kite da ade “due date” kew? Da tanda dalam kalender eh abg/kakak?
Bagi perempuan & lelaki yg kurang penampilan dirinya, mungkin kurg kacak atau kurg cantek, mereka sering mengeluh “apelah nasib badan, umo da terlajak, bf/gf x dpt2 lagi. I want 1! Ok! Tolong cari utk aku bole?” atau “Aku ni x cantek/hensem mcm kau, sapew yg nak, laen la mcm kau hot, petik jari 10 dtg”. Memang dari segi dunia, kite akan terasa begitu. But, kalau korg fikir2 kan lagi, korg prasan tak hikmahnya? Orang-orang yg begini ALLAH bantu dia. Lebih-lebih lagi dari segi pergaulan. Betul tak? Korang tak mcm budak-budak lain yg agenda hidupnya penuh dgn MAKSIAT. ALLAH pelihara kalian daripada itu. Jadi bersyukurlah anda. Sesungguhnya, telah ALLAH SWT nyatakan, setiap ape yg berlaku, pasti ade hikmahnya. Jadi jgnlah dikau mengeluh wahai hamba ALLAH.


Sekiranya ada di antara kite yg telah terlanjur melakukan kemungkaran ALLAH, masih ada masa untuk kite berubah selagi nyawa dikandung badan. Orang sekeliling yg patut memainkan peranan dalam membimbing saudara/saudari kite ini untuk kembali ke pangkal jalan. Bukan dengan meminggir atau manghina mereka, lagi-lagi ibu bapa dan sahabat terdekat. Kita tak boleh salahkan mereka 100%. Betul tak? Bak kata Ashraf Muslim yg memegang watak Firdaus dlm cite ‘AKU MASIH DARA’, “Buah yang rosak, tidak semestinya akarnya rosak, akarnya masih elok, masih boleh menghasilkan buah yg baik. Begitu juga dgn manusia, walaupun dia jahat hatinya masih boleh dipelihara. Sebab sumenya bermula drpd hati, sbb hati adalah raja kpd tubuh dan menguasai akal fikiran.” i like this statement very much! (:


Setiap orang ade mslh msg2. Ade yg hidupnya hari-hari penuh dgn masalah yg muncul, ade yg hari-hari sengaja cari masalah. Jika kita ditimpa masalah, tak kiralah seberat atau seringan mana pun, janganlah sesekali kita mengeluh. Kan lebih baik jika kita memohon supaya dikuatkn diri untuk menempuh segala dugaan yg dikurnikan kepada kita. Rezeki kita msg2 lain. Bersyukurlah dgn ape yg ade di depan mata. ALLAH turunkan kesusahan kepada kita kerana ALLAH syg kepada kite. Tidak mahu hambanya dibuai kelalaian hidup di dunia. Maka diturunkanlah sedikit dugaan, supaya manusia itu sentiasa beringat kepada tuhannya, & selalu meminta & memohon pertolongan hanya kepada ALLAH tuhan yang 1. Ramai je yg berfikiran, “Kenapa aku je yg slalu ditimpa kesusahan, org lain bahagia je” atau “Nape aku ni asyik malang je”. Janganlah mengeluh, bersyukurlah dengan ape yg ada. Sesungguhnya kesemuanya di dunia ini hanyalah pinjaman dan bersifat sementara.

0 comments: