BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Seloka Memoir MATECH




Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat saudara-saudari yang dikasihi,
Seloka dikarang buat kenangan bersama,
Buat tatapan tika terkenang dihati.

Jurusan Teknologi Bahan menjadi pilihan,
Nak tak nak kami pasrah terpaku,
Terus berjuang mengaut kejayaan,
Harapan mak abah, pensyarah dan UiTM di hatiku.

Siti Sarah sifu dekan kami,
Semua cemburu mahu menandingi,
Orangnya rajin serta rendah diri,
Menjadi idola kejayaan kami.

Aein dan fiera sahabat ceria,
Bergelak ketawa tak ingat dunia,
Ke mana saja pasti berdua,
Bagai menara tinggi berkembar dua.

Tira dan Zati selalu menjanda,
Tira pemilik si kemboja,
Selalu ditinggalkan oleh “roommate”nya,
Yang mencari nafkah menyara keluarga.

“Class Rep”memang selalu jawatan dia,
Nurul Humaira itulah nama dia,
Ainorhayat pula skandalnya,
Bermadu kasih tak kira di mana.

Pojid dan Melor kawan sehidup semati,
Tak kedekut suka berkongsi,
Si Melor sopan seperti si isteri,
Pojid pula selalu berkepit dengan JAGUAR si isteri.

Pojie, Acab, Af dan Ariel jejaka senior kami,
Semuanya sempoi ada ragam sendiri,
Pembentangan dalam kelas first class wei,
Dr. Mahesh pon tertambat hati.

Dua pemuda sangat berdikari,
Qamar dan Tubik nama diberi,
Campaklah mereka ke sana ke sini,
Ke mana sahaja boleh hidup sendiri.

Dayah dan lini teman se”project” saya,
Pelbagai dugaan di permulaan FYP,
Alhamdulillah dapat kami atasi juga,
Bahan cair, bahan keras kami balun pi.

Tak kan ku lupa kenangan bersama,
Kesemua aktiviti ke sana sini dilakukan bersama,
Baling selipar & Dataran Shah Alam aktiviti favourite kami,
Perpisahan ini amat menusuk di hati.

Inilah kenangan kami bersama,
Mencuit hati suka dan duka,
Diharap kita masih boleh berjumpa,
Serius nanti rindu korang semua.

Wahai teman,Rakan & taulan,
Ini hanya sekadar gurauan,
Bergurau senda sebagai hiburan,
Untuk menjalin ukhuwah persahabatan.

Wahai “lecturer-lecturer” yang banyak berjasa,
Tidak jemu mengajar kami semua,
Salah dan silap terkasar bahasa,
Harap dimaafkan kami semua.

0 comments: