BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 10, 2010

Kehadapan ibu & ayah yang terlebih disayangi,

Aisyah nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-21 (yeke?, confius da). Dah berpuluh tahun tu bersama. TAHNIAH ibu ayah! Semoga ibu ayah kekal bahagia sampai ke akhir hayat setelah pelbagai onak dan cobaan (lagu jacklyn victor ni :P) yang telah dilalui, semoga panjang umur, hidup diberkati ALLAH & dimurahkan rezeki hendaknya.


Bertuah dapat ibu & ayah, macam ibu & ayah (apa yang aisyah ckp ni? Aduh huhu)

Tanpa ibu & ayah, maka takdelah saya, abang, ct & syasyad kat dunia ni. Tanpa ibu & ayah jugak tak mungkin kitorang boleh survive kat dalam alam dunia yang penuh pancaroba ni. Terima kasih sebab selama ni menjaga kami, mendidik kami, bagi makan minum kepada kami, beli baju, seluar, termasuklah yang lain-lain, melayan kerenah merepek aisyah & adik-beradik yang memang merepek ni (banyak makan kerepek kot. hehe).



Bukti kemerepekan diorang, haha. Padan muka korang! :P

Terima kasih setiap tahun jahitkan baju raya kitorang. Terima kasih sebab selalu bagi duit belanja kat aisyah, walaupun aisyah tak pernah nak mintak sebab segan & taknak menyusahkan ibu dengan ayah. (ayah ni taw-taw je aisyah xde duit. Hehe) Cukuplah berbekalkan duit PTPTN ni (cewah2).

Nak ambil kesempatan ni,

Wakil kepada semua adek-beradek, almaklum anak sulung,


Nak mintak maaf kat ibu & ayah,

Jika sepanjang hayat kami bersama ibu & ayah, kami ada menyakitkan hati, terkasar bahasa, terpukul sini-sana (hehe, aisyah la tu, guraw-guraw je ye :P), tertipu sunat/wajib/haram (berdosa tu), termarah tak tentu pasal, terlambat nyaut ibu ayah panggil (saya jugakla tu, sound trouble tul, harap map :P), terlambat buat apa yang ibu ayah suruh ( aisyah jugak, balik-balik budak ni. Huhu. Mmg sah tak ole jadi pelakon, penat director kata ‘action’ tapi tak jalan jugak. Huhu), sebab degil taknak dengar cakap, tertinggi suara, terhutang apa-apa ( tak ingatla), terbuat rumah sepah, termalas kejap. Hehe. Kebanyakannya semuanya “TER” la. Hehe. Kami sebenarnya tak berniat pon nak buat semua tu ayah, ibu. Tapi “TER” buat, sebab kami hanya manusia biasa yang belajar dari kesalahan. InsyaALLAH tak buat lagi! Sesungguhnya kami sangat saying ayah & ibu, takkan kitorang sengaja nak buat macam tu. Kan? Kan? Kan? Hee.

Halalkanlah makan minum kami, pakaian, pelajaran dan semua-semua terlalu banyak untuk disebut). Pendek kata, jasamu ayah ibu tak akan pernah sepenuhnya ku balas, kerna jasamu kepada kami tidak terhingga, hanya ALLAH yang mampu.

Walaupun aisyah ni tak se-excellent student-student yang lain, aisyah akan terus berusaha untuk banggakan ibu ayah. insyaALLAH, hanya dengan izin tuhan. Bak kata cikgu aisyah, kalau kita dah berusaha tahap “WOW!” tapi tak dapat jugak apa yang dikecapi, redha saja, sebab tu semua ketentuan ALLAH. Kita hanya perlu menerimanya dengan redha dan kesemua yang berlaku ada hikmahnya cuma kita yang tak nampak dan perlu mencarinya. (terer tak aisyah berfalsafah? hehe)

Sory hanya email ni yang aisyah dapat sent,

Sebab kalau nak bagi hadiah, mestila ibu da bagi ayah, ayah da bagi ibu. Huhu. Hanya ucapan maaf dan luahan hati ni je yang mampu kami beri. Tak tahulah macam mana kehidupan kami beradek kalau ibu denagn ayah takde. Akhir kata, KAMI SAYANG IBU & AYAH TAK TERHINGGA! Wassalam.

p/s: ayah janganlah busy sgt keje sampai tak ingat kitorang, taw ayah cari duit untuk kitorang. Hehe. Pastikan ayah tak lupa pulak anniversary ayah sendiri, kang ibu merajuk kang, ayah pujok sendiri :P

Satu lagi, senyum je eyh baca notes ni. Jangan nangis-nangis. Taw ibu ayah terharu baca notes aisyah yang panjang lebar siap justify dengan spacing 1.15 lagi. Tak caya cuba check kat setting word tu. Heee :P

Tujuan sebenarnya aisyah tulis surat ni sebab aisyah sedar yang diri aisyah ni tak akan mampu mengungkapkan kesemua kata-kata dalam surat ni kat depan ibu & ayah secara live dalam satu nafas (ececeh, macam akad nikah pulak) sebab aisyah taw, setiap kali aisyah nak berkata-kata mesti! Confirm! Ayah ibu cayala cakap aisyah, meleleh air mata ni, walaupuan aisyah ni nampak MACAM kental (macam je). Hehe. Sebab da cuba da dulu. Time raya, nak mintak maaf, belum cakap lagi, da melelh da. Ibu sendiri taw kan, lepas tu ibu sendiri yang sambungkan ayat aisyah. Huhu. Memang jadi camni. Tuntasnya, kesimpulannya, aisyah guna method baru ni, yang diberi nama email canggih. Hehe.

Yang benar,

Alamak, xde touch screen nak sign, hehe

Anakmu yang jauh di perantauan (sedangkan shah alam je),

Aisyah binti Nor Hasnan.


0 comments: