BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 22, 2010

Sedarkah anda.


sedarkah anda.


26 december 2006: Tsunami di Acheh

26 mei 2006:Gempa di Jogja

26 jun 2009: Gempa di Tasikmalaya

26 Oktober 2010: Tsunami di Mentawai

26 Oktober 2010:Merapi meletus

*betulkan jika saya tersilap


Mungkinkah menjelang 26 November 2010, akan terjadi sesuatu yang tidak diduga? Pernahkah perkara ini terlintas sejenak di fikiran anda? ataupun anda leka dibuai keseronokan di dunia?


Jangan disebabkan bumi Malaysia ni terletak di kawasan yang strategik dan jauh dari bencana-bencana alam yang dasyat, membuatkan ada leka & lega dengan keselamatan anda sekarang. Ada sebilangan manusia di dunia ni, tidak mengambil kisah langsung tentang kejadian yang terjadi di luar kawasan mereka asalkan bencana alam tu tak menimpa di tempat mereka sendiri. Sampai bila baru kita nak amil tahu? Bila bencana tu menimpa kita sendiri, baru nak sedar ke perasaan & ketakutan yang dialami oleh insan-insan yang telah mengalami bencana itu sebelumnya.


Ada juga yang sedar untuk seketika & terlupa akannya beberapa hari atau bulan setelah kejadian itu berlaku.


Baru-baru ni kita telah digemparkan dengan kejadian puting beliung di Malaysia. Dah kena baru nak takut kan? Walaupun kita ni dekat kedudukan strategik mana pon, kalau dah ALLAH nak timpakan bencana tu, maka akan terjadilah bencana tu. Time tu, tak payahlah korang nak fikir kejadian tu, logik ke, tak logik ke nak ikot geografi. Semua ni kuasa ALLAH.


MasyaALLAH, kuasa tuhan. Apa yang dijanjikan tuhan, akan ditunaikan pada suatu hari nanti yang di mana hanya ALLAH saja yang tahu tarikhnya iaitu hari kiamat. Kita ni hanya menumpang di bumi ciptaan tuhan. Macam kita duduk rumah orangla, tahu pula kita nak hormat tuan rumah. tapi yang peliknya, tuan rumah segala alam kemana saja yang kita pergi dalam dunia ni. ada kita hormat ke? fikir-fikirkanlah.


Kita sepatutnya bersyukur sebagai umat nabi Muhammad S.A.W. Kita tidak diturunkan azab pada sejurus ketika saat kita melakukan kemungkaran terhadap ALLAH S.W.T. Bahkan ALLAH memberi kita masa untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


kadang-kadang, terfikir sejenak. Teruknya diri aku ni. Tergamak aku menjanjikan dan merancang apa yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup aku sendiri. Menabur kata-kata janji kepada insan lain. Sedangkan, aku sendiri pun tak tahu, sampai bila tempoh pinjaman kehidupan, nyawa dan nafas ku diberi. Ajal dan maut di tangan tuhan. Mungkin kita akan menemui pencipta kita pada hari kiamat, dan mungkin kita akan menemui ajal sebelum tibanya hari kiamat. Mungkin seminit kemudian, sejam, esok, lusa, bulan depan, tahun depan, ALLAH saja yang tahu. Entah sempat atau tak nak tunaikan janji-janji tu.


seperti yang kita sedia maklum, pada hari pembalasan amalan pahala dan dosa akan dihitung. Sudah cukupkah amalan kita ini ke hari ini? Sudah cukupkah untuk kita terus memecut ke syurga melintasi jambatan sehalus seurat rambut yang dikerat-kerat lagi. Layakkah kita menjadi salah seorang penghuni syurga?


Memang ada yang lembut hati. Terlintas untuk bertaubat. Tapi, adakah itu taubat nasuha? ada pula yang berkata "alah, da nak tua nanti, aku duduk rumah diam-diam, aku taubatlah, sekarang enjoy dulu! Zaman remaja bukan boleh diulang". Ada juga yang berkata " kau cakap senanglah, cubala buat, kau ingat senang ke nak taubat nasuha?" dan ada juga yang berkata " Eh, kau ni. sibuk-sibuk pasal orang apsal. Kubur kita lain-lain kan. Bukannya aku buat dosa, kau tanggung azab". Wow, berkecai dengar ayat nih. Memangla, sungguh ku sedar yang diriku ini takdelah seperfect mana. ada jugak cacat celanya. Hanya mengingatkan teman seislam dan of course diri sendiri yang sangat tak perfect ni. Apa-apa pon, terima kasih sangat-sangat kepada yang suka menegur diri ini. Memang kadang-kadang pedih nak telan, tapi da memang betul fakta diorang. Nasihat yang berguna, terima kasih! (:


Semoga kita semua diberi peluang untuk bertaubat & kembali ke jalan ALLAH. Begitu juga diri saya yang sudah jauh tersesat. insyaALLAH, dengan izin tuhan.


Kepada sesiapa yang saya pernah berbuat salah, tak kiralah sedar atau tak. Mintak maaf sesangat. Sesungguhnya saya hanya insan biasa.

0 comments: